Tuesday, November 22, 2016

Resepi : Vietnamese Spring Roll

Salam.

Dah alang alang rajin ni, meh kita share resepi simple, mudah, senang ni! Kita kan dah janji nak share resepi hari tu kan. Ramai juga response bila kita posted dekat IG. Ala, resepi senang boleh la Nurul ni buat. Cuba kalau susah. Memang nan hado lah. Nak masak pun terkial kial. Kihkih. Oke, meh kita tunjuk bahan bahan nak buat Vietnamese Spring Roll ni. Resepi mudah ni, auntie kita yang ajar. Sedap dan mudah!

First of all. Kena beli kulit Vietnamese Spring Roll ni. Auntie kita beli dekat kedai biasa je. Cari kat supermarket besar memang susah nak dapat. Luckily dekat Merlimau ni ada. Yang penting, ada logo Halal ye.

Daun salad. Korang carik carik macam ni. Jangan carik kecik sangat. Nanti tak sedap.

Bihun. Korang celur sekejap je bihun ni sampai lembut sikit je. Jangan overcooked. Nanti melekat susah nak gulung. 

Sosej. Tak kisah la sosej jenama apa. Korang celur juga lepas tu hiris panjang panjang macam ni.

Udang kecil. Buang kulit dan celur. Korang pun tau kan udang ni cepat masak. Dah nampak merah tu korang angkat dan toskan je.

Isi ketam. Sama juga. Celur. Tapi masa korang celur tu, jangan buang plastik dulu sebab isi ketam ni sangat lembut. Kalau korang buang plastik dia siap siap, dikhuatiri isi ketam tu melekat kat periuk korang. Lepas celur tu korang hiris nipis juga.

Timun Jepun. Nak pakai timun biasa pun boleh tapi kurang cruchy dan nanti dia berair sangat. Hiris panjang panjang juga ye.

Lobak merah. Hiris panjang panjang juga ya. Ni kontot kontot sepupu kita tersalah potong. 

Oke semua barang dah ready. Jom start gulung!

Mula mula sekali ambil kulit Vietnamese Spring Roll, basah kan sikit depan belakang dia dalam air masak macam ni. Celup sekejap je tau. Lama lama kang jadi lembik pulak.

Lepas tu mula kan dengan letak daun salad di atas kulit popia tadi. 

Susun semua bahan bahan lain macam ni. 

Lepas tu kita gulung macam gulung popia biasa tu. Gulung molek molek deh!

Dah siap gulung, susun atas pinggan macam ni. Jangan letak rapat rapat nau, nanti melekat!


Dah siap gulung, boleh la sedia dinikmati. Korang boleh makan cicah sos thai atau mango sos (botol yang bawah ni). Mango sos ni pedas, tapi seriously sedap! Bahan bahan lain tu sebenarnya ikut kreativiti korang. Kalau nak masukkan ayam ke, daging ke, suka hati korang. Tapi Vietanamese Spring Roll ni sebenarnya more to seafood dengan sayuran je. Tapi ikut la suka hati korang. 

Oke, siap! Boleh la korang cuba pula lepas ni. Ada yang nak request resepi? Email kan permintaan korang ke nurul.purplechumel@gmail.com ya. Sayonara! ^^,





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, November 21, 2016

Selamat Tinggal Migrain, Senggugut | Minyak Herba Asmak Penawarnya!

Salam.

Siapa yang kenal rapat dengan kita, mesti tahu yang kita ni memang ada penyakit Migrain dan Senggugut yang teruk. Bukan biasa biasa, sebab almost every month kita akan menderita mengadap penyakit ni. Memang bergantung pada ubat/pain killer saja lah. Tapi semenjak dah guna Minyak Herba Asmak ni, kita dah tak makan ubat dah. Mujarab sungguh Minyak Herba Asmak ni.

Kegunaannya bukan setakat untuk migrain atau senggugut sahaja ya. Ada banyak kegunaan minyak ni. Yang paling best, minyak ini mujarab, selamat digunakan dan merupakan penawar asma pada bayi. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Alkisah nya hari tu kita dah tak tahan sangat sakit perut senggugut. Dan bila dah senggugut tu, mula la naik pening kepala. Datang pulak migrain. Korang boleh bayang kan tak keadaan kita time tu. Teringat kita ada simpan minyak ni dalam laci almari. Memang saja nak try. Simpan untuk kecemasan sebab kita ada baca yang minyak ni boleh digunakan untuk melegakan senggugut dan migrain. Dua penyakit major kita. So kita suruh hasben urut kepala, belakang tengkuk dengan perut. Lepas dia urut tu, kita rasa tenang sikit sebab lega. Dalam satu jam je kita dah ok. Dah boleh bangun mandi, kemas rumah semua lah. Kalau tak, memang terkulai je atas katil.

Minyak Herba Asmak, 30 ml.

1 Rumah, 1 Minyak Herba Asmak Mujarab! ✌

Comel je kan botol dia. Sebotol penawar bermacam penyakit.

Minyak Herba Asmak ni bau dia wangi tau. Bau herba. Sebab ramuan yang terkandung dalam terdiri dari bahan semulajadi dan menggunakan Teknologi Nano. Ramuan yang digunakan semua nya semulajadi. Antaranya;

  • Minyak Zaitun
  • Minyak Kelapa Dara
  • Habbatus Sauda
  • Gamat
Korang pun tau kan bahan bahan yang digunakan memang mempunyai khasiat yang tersendiri. Selain keaslian nya, minyak herba asmak ni tanpa bahan kimia berbahaya. Sebab tu la selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Minyak Herba Asmak ni memang penawar pelbagai penyakit.




Bermula bulan November 2016 ni, anda akan dapat kotak tabung ni secara PERCUMA dengan setiap pembelian Minyak Herba Asmak.

Banyak kan khasiat Minyak Herba Asmak ni? Paling berkesan ianya adalah penawar asma yang paling mujarab. Rugi lah kalau tak cuba rasa kehebatan Minyak Herba Asmak. Kita rasa, setiap satu rumah mesti wajib ada sebotol. Botol kecil tapi boleh jadi penyelamat berkesan tau!

Harga sebotol Minyak Herba Asmak hanya RM 39.00 sahaja. Satu botol pelbagai guna memang berbaloi lah. Boleh diguna seisi keluarga. Untuk mendapat kan info lanjut atau pembelian Minyak Herba Asmak yang super awesome ni, korang boleh check it out di bawah ni. Grab fast! Tak rugi beli sebab sangat mujarab. Ikhtiar tu penting, dan jangan lupa berdoa untuk cepat sembuh ya!

Sekiranya berminat untuk mencuba atau menjadi agen, boleh klik link di bawah atau hubungi terus talian ;

πŸ“ž Hotline HQ : +6019 - 970 8897
🌐 Website Rasmi Syarikat : http://mham.com.my/
πŸ“‘ Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my/

Image result for small fb icon Facebook Page : 
✔ Penawar Asma Mujarab : https://www.facebook.com/penawarasma/




Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, November 15, 2016

Percutian Keluarga ke Cameron Highlands (Full Edited Video)

Salam.



Actually kami adik beradik dalam rangka kerja untuk buat projek review tempat tempat menarik dalam Malaysia dan juga foods review. So far projek ni tak melibatkan orang luar. Just adik beradik dan keluarga terdekat sahaja. Semua review tu akan di terjemahkan dalam bentuk video dan blog post. So lepas ni korang akan tengok banyak review dari kami. Mohon jangan bosan sampai termuntah yek. πŸ˜

Sementara tu, jom tengok first video kami masa bercuti ke Cameron Highlands tempoh hari. Enjoy! 



Jangan lupa subscribe Youtube Channel kita untuk semua update dan video. Have fun! πŸ˜˜

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™